Terima matras baharu RM60,000, perkukuh persiapan atlet silat menjelang SUKMA

Foto Facebook BES Labuan

LABUAN, 17 Jun – Persiapan atlet silat Labuan dalam menghadapi kejohanan utama termasuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini menerima suntikan semangat apabila Persatuan Pencak Silat Kebangsaan (PESAKA) Labuan menerima sumbangan tiga unit matras yang bernilai RM60,000.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sumbangan disampaikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman.
  • Dijangka meningkatkan kualiti latihan dan memperkukuh program pembangunan silat di Labuan.
  • Dipertua PESAKA, Mohd Khairul Abdul Ghani, tekankan pentingnya kemudahan latihan bagi melahirkan atlet berprestasi tinggi.
  • Tiga persatuan silat menerima manfaat: Cengkam Harimau Ghaib, Cekak Pusaka Ustaz Hanafi dan Gayong Malaysia.

Sumbangan peralatan sukan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman itu, dijangka meningkatkan kualiti latihan atlet serta memperkukuh program pembangunan silat di pulau berkenaan.

Menurut Dipertua PESAKA Labuan, Mohd Khairul Abdul Ghani, kemudahan latihan yang lebih baik amat penting dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi yang mampu bersaing di pentas kebangsaan dan antarabangsa.

“Sumbangan peralatan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkasa program pembangunan atlet serta mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi diketengahkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Tiga badan gabungan yang menerima manfaat sumbangan berkenaan ialah Persatuan Seni Silat Cengkam Harimau Ghaib, Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi dan Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia.

Majlis penyampaian sumbangan peralatan sukan yang baharu berlangsung di Dewan Inao Desa Kampung Sungai Labu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.