fb fb fb fb fb

Pendakwah perlu kuasai teknologi digital, kekang fitnah, ajaran sesat

Foto BERNAMA

CYBERJAYA, 23 Sept- Para pendakwah perlu mahir penggunaan teknologi digital dan menguasai media baharu agar mesej dakwah yang disampaikan sahih dan lebih berkesan bagi mengekang fitnah dan penyelewengan akidah yang berleluasa di alam maya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar mengakui amat penting transformasi dakwah dilakukan dalam era digital ketika ini, agar kebenaran dan keadilan dapat disebar lebih luas.

"Tujuan dakwah adalah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan, jadi bagaimana kita nak mengekang ajaran sesat kalau kita tidak ada kepakaran.

"Ia mesti bermula dengan ilmu pengetahuan dan perlu mempelajarinya daripada pakar," katanya.

Datuk Dr. Mohd Na’im ditemui selepas merasmikan Konvensyen Dakwah Antarabangsa Melestari Insani (K-DAMAI) anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Universiti Multimedia, di sini.

Dengan mengangkat tema ‘Tranformasi Dan Strategi Dakwah Di Era Pendigitalan’ beliau turut menyeru penggunaan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) dimanfaatkan sebaiknya.

Seramai 300 peserta terlibat bersama barisan panelis terkemuka dalam bidang masing-masing seperti tokoh industri animasi tanah air, Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation Sdn. Bhd (Ejen Ali), Profesor Adjung Muhammad Usamah Zaid Yasin dan Presiden Institut Global Maqasid Syariah, Profesor Dr. Jasser Auda.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello