F1 GP Bahrain : Keputusan permohonan sukarelawan mula dimaklumkan

Gambar fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 September – Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) memaklumkan keputusan permohonan sukarelawan bagi Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 mula dihantar menerusi e-mel.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemohon yang tidak menerima e-mel sehingga 25 September dianggap tidak berjaya.
  • Sukarelawan terpilih akan menyertai sesi penerangan, taklimat, latihan simulasi dan penugasan fizikal.
  • JBSN merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas sokongan dan komitmen.
  • Sukarelawan terpilih diminta bersedia melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan kelancaran acara.

JBSN dalam kenyataan menjelaskan, pemohon yang tidak menerima sebarang e-mel sehingga 25 September ini hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Bagi sukarelawan yang terpilih, mereka akan menyertai sesi penerangan, taklimat, latihan simulasi dan penugasan fizikal sebagai persediaan sebelum menjalankan tugasan.

JBSN turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas sokongan dan komitmen dalam menjayakan penugasan berkenaan.

Sukarelawan yang berjaya dipilih diminta bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan bagi memastikan kelancaran penganjuran acara berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.