Kimi Antonelli ungguli kedudukan kejuaraan F1

(Foto kecil) Kimi Antonelli/ AFP

BAKU, 23 September- Pelumba sensasi Itali, Kimi Antonelli, mendahului kedudukan kejuaraan Formula Satu (F1) musim ini bersama Mercedes dengan 292 mata menjelang Grand Prix (GP) Azerbaijan di Baku hujung minggu ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Antonelli mempunyai kelebihan 81 mata ke atas rakan sepasukannya George Russell; Hamilton berada di tempat ketiga dengan 191 mata.
  • Lando Norris keempat (186), diikuti Charles Leclerc, Max Verstappen dan Oscar Piastri dalam persaingan kedudukan atasan.
  • Mercedes ungguli kejuaraan pengeluar dengan 503 mata, diikuti Ferrari (358) dan McLaren (306).

Antonelli mempunyai kelebihan 81 mata ke atas rakan sepasukannya, George Russell yang mengumpul 211 mata, manakala Lewis Hamilton di tempat ketiga dengan 191 mata.

Lando Norris menduduki tempat keempat dengan 186 mata, diikuti Charles Leclerc (167), Max Verstappen (145), Oscar Piastri (120), Isack Hadjar (71), Liam Lawson (59) dan Pierre Gasly (41).

Kedudukan seterusnya menyaksikan Arvid Lindblad mengumpul 31 mata, Franco Colapinto (27), Oliver Bearman (18), Gabriel Bortoleto (10), Nico Hulkenberg (7), Carlos Sainz (6), Alexander Albon (5), Esteban Ocon (3), Fernando Alonso (3) dan Yuki Tsunoda (1).

Lance Stroll, Valtteri Bottas dan Sergio Perez masih belum mengumpul sebarang mata musim ini.

Dalam kejuaraan pengeluar, Mercedes mengungguli saingan dengan 503 mata, diikuti Ferrari (358), McLaren (306), Red Bull (230), Racing Bulls (77), Alpine (68), Haas (21), Audi (17), Williams (11), Aston Martin (3) dan Cadillac yang masih tanpa mata. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.