Pemangku Sultan Johor titah exco berkhidmat penuh dedikasi demi kesejahteraan rakyat

Foto Facebook Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail

JOHOR BAHRU, 18 Julai – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bertitah, exco kerajaan negeri dilantik, perlu sentiasa turun padang, bagi memahami keperluan masyarakat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Exco perlu memastikan perkhidmatan kerajaan dilaksanakan cekap dan berintegriti.
  • Setiap dasar dan keputusan mesti berpaksikan kepentingan rakyat dan memanfaatkan seluruh negeri.
  • Semua exco harus menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, integriti serta keikhlasan.
  • Majlis pelantikan menyaksikan empat exco baharu dilantik manakala enam mengekalkan portfolio.

Menerusi hantaran Facebook baginda, exco dilantik juga, perlu memastikan perkhidmatan kerajaan dilaksanakan secara cekap, dan berintegriti.

“Setiap dasar dan keputusan dibuat, perlu berteraskan kepentingan rakyat, serta memanfaatkan negeri, secara keseluruhan.

“Semua exco kerajaan negeri, sentiasa menjalankan amanah, dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, integriti, dan keikhlasan,” menurut hantaran itu.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Taat Setia Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, pada pagi tadi menyaksikan empat Ahli Dewan Negeri dilantik menjadi exco kerajaan negeri baharu.

Manakala enam exco lagi, mengekalkan portfolio masing-masing.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.