fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan kekal siap siaga berdepan risiko banjir

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun

TAMPIN, 24 Februari- Kerajaan Negeri Sembilan bersiap siaga sepanjang masa sekiranya berlaku lagi kejadian banjir.

Menteri Besar, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun berkata, kerjasama daripada semua jabatan di peringkat daerah diperlukan terutama ketika dilanda bencana banjir.

"Kita sedia maklum bahawa isu banjir tidak mengikut monsoon sebab cuaca berubah dan pemanasan global berlaku.

"Kita harap ini akan beri peringatan supaya kita bersiap sedia bila-bila masa sehingga dalam masa apa sekalipun supaya dapat kita kurangkan kos kerosakan yang berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Pentadbiran Daerah Tampin 2025.

Sebanyak RM1.002 juta Bantuan Wang Ihsan (BWI) dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah diagihkan kepada 504 Ketua Isi Rumah (KIR) pada Majlis Penyerahan Sumbangan BWI Mangsa Banjir Daerah Tampin pada 19 Disember lalu.  

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE