PM, TPM puji kejayaan sambutan Hari Kebangsaan 2026

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 31 Ogos – Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya berlangsung penuh gemilang dengan menampilkan pelbagai pengisian yang menyemarakkan semangat patriotisme.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri memuji persembahan, ucap Alhamdulillah dan berterima kasih atas kejayaan acara.
  • Timbalan Perdana Menteri sifatkan sambutan luar biasa, lebih baik berbanding tahun lalu, menunjukkan semangat patriotisme semakin meningkat.
  • Sambutan bertema Malaysia MADANI menampilkan perbarisan, persembahan kebudayaan dan pertunjukan aset udara negara.

Kelancaran penganjurannya turut mendapat pujian dan penghargaan selepas sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-69 itu melabuhkan tirai.

“Alhamdulillah, persembahan yang sangat baik. Terima kasih banyak-banyak. Memang hebat sekali acara kali ini” menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui media selepas berakhirnya sambutan berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan sambutan tahun ini sebagai luar biasa dan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Menurut beliau, kemeriahan serta sambutan yang diberikan rakyat mencerminkan peningkatan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

“Tahun ini sangat luar biasa, sambutan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Ini memperlihatkan semangat patriotisme rakyat Malaysia semakin bertambah. Alhamdulillah,” katanya.

Sambutan bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” itu menampilkan pelbagai acara termasuk perbarisan dan perarakan, persembahan kebudayaan serta pertunjukan aset udara negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.