252 kes bunuh direkodkan di Malaysia pada 2025 – DOSM

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Oktober – Sebanyak 252 kes bunuh direkodkan di Malaysia pada 2025, dengan 248 kes melibatkan pembunuhan sengaja, manakala empat lagi dikategorikan sebagai pembunuhan tidak sengaja.

RINGKASAN BERITA AI
  • Data diklasifikasikan sebagai perbuatan membawa kepada kematian menurut Klasifikasi Antarabangsa Jenayah untuk Tujuan Statistik (ICCS).
  • 6,522 kes keganasan rumah tangga direkodkan, menunjukkan tahap keganasan keluarga yang tinggi.
  • 4,562 kes serangan seksual, termasuk 3,347 serangan fizikal dan 1,215 bukan fizikal.
  • Jenayah harta benda tinggi: 3,108 rompakan dan 18,477 kecurian harta persendirian, dengan pecahan mengikut mangsa dan kenderaan.

Menurut Statistik Jenayah Malaysia 2026 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), data itu diklasifikasikan sebagai perbuatan yang membawa kepada kematian atau bertujuan menyebabkan kematian berdasarkan Klasifikasi Antarabangsa Jenayah bagi Tujuan Statistik (ICCS).

Statistik sama turut merekodkan 6,522 kes keganasan rumah tangga dan 4,562 kes serangan seksual, terdiri daripada 3,347 kes serangan fizikal dan 1,215 kes bukan fizikal.

Bagi jenayah harta benda yang melibatkan kekerasan atau ancaman terhadap individu, sebanyak 3,108 kes rompakan direkodkan, termasuk 3,010 kes melibatkan individu, 89 kes kenderaan dan sembilan kes premis atau institusi.

Sementara itu, kecurian harta persendirian mencatatkan 18,477 kes, dengan 16,369 kes melibatkan kecurian daripada individu, 1,546 kes daripada kenderaan dan 562 kes dilakukan oleh pekerja domestik.

Data berkenaan berdasarkan sumber Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan diterbitkan dalam Statistik Jenayah Malaysia 2026 oleh DOSM.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.