Pasir Gudang kekal catat IPU sangat tidak sihat

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Oktober – Kualiti udara di Pasir Gudang, Johor kekal pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 207 setakat 12 tengah hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dari 68 stesen, 29 merekodkan IPU tidak sihat dan 38 pada tahap sederhana.
  • Lokasi dengan bacaan tidak sihat tertinggi: Larkin, Nilai, Johan Setia, Klang dan Pengerang.
  • Tiada stesen mencatatkan bacaan baik atau berbahaya.
  • Kategori IPU: 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, >300 berbahaya.

Ia satu-satunya lokasi di Malaysia merekodkan IPU pada tahap tersebut.

Data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS) turut merekodkan, daripada 68 stesen pemantauan di seluruh negara, 29 mencatatkan IPU tidak sihat manakala 38 lagi berada pada tahap sederhana.

Antara lokasi mencatatkan bacaan tidak sihat tertinggi ialah Larkin, Johor dengan IPU 197, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (188), Johan Setia, Selangor (187), Klang, Selangor (181) dan Pengerang, Johor (180).

Bagi kategori sederhana, Sandakan merekodkan bacaan tertinggi iaitu 98, diikuti Jerantut (97), Taiping (96), Indera Mahkota Kuantan (94) dan Balok Baru Kuantan (86).

Tiada stesen mencatatkan bacaan baik atau berbahaya.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 sebagai berbahaya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.