
PUTRAJAYA, 16 Oktober –Semua pengusaha bas sekolah diminta mengemas kini maklumat peribadi pemandu masing-masing menerusi portal Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi memastikan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM1,000 secara sekali bayar disalurkan kepada pemandu yang layak sebelum sambutan Deepavali tahun ini.
- Pengemaskinian maklumat pemandu boleh dibuat melalui portal rasmi mulai hari ini hingga 30 Oktober 2026.
- Pembayaran bantuan akan dilaksanakan secara berfasa bermula 22 Oktober 2026.
- Semakan semula data pemandu dibuat melalui pangkalan data APAD, LPKP dan JPJ termasuk kesahan lesen memandu dan PSV.
- Segala maklumat lengkap diperlukan: nama, alamat, nombor telefon, status lesen/PSV dan nombor akaun bank untuk tujuan pembayaran.
APAD memaklumkan proses pengemaskinian maklumat boleh dibuat menerusi portal rasmi bermula hari ini hingga 30 Oktober 2026.
“Pembayaran bantuan kewangan ini akan dilaksanakan secara berfasa bermula 22 Oktober 2026.
“Semakan dan pengesahan semula data pemandu akan dibuat menerusi pangkalan data APAD, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), termasuk status kesahan lesen memandu dan lesen vokasional (PSV), ” menurut APAD dalam satu kenyataan.
Semua maklumat perlu dikemas kini dengan lengkap yang merangkumi nama, alamat terkini, nombor telefon, status lesen memandu dan lesen PSV yang sah, serta nombor akaun bank bagi tujuan pembayaran.
“Tindakan segera daripada pengusaha amat penting bagi melancarkan proses pengesahan kelayakan demi kebajikan pemandu bas sekolah di seluruh negara, selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI,” kata kenyataan itu lagi.