Pasukan SMART siap sedia dihantar ke Nepal bantu operasi SAR

Foto AFP

KUALA LUMPUR, 30 Ogos Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) sedang bersiap sedia untuk dihantar ke Nepal bagi misi kemanusiaan susulan bencana di negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • NADMA mengesahkan pasukan SMART berada dalam keadaan siap siaga untuk diatur gerak bagi menyokong operasi mencari dan menyelamat.
  • Langkah ini dilaksanakan mengikut arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keputusan Kerajaan MADANI.
  • Pergerakan pasukan masih tertakluk kepada keperluan dan keputusan rasmi pihak berkenaan bagi menerima bantuan.
  • Urusan penyelarasan bantuan diuruskan bersama Kementerian Luar melalui Wisma Putra, mencerminkan komitmen tinggi Malaysia membantu mangsa bencana.

​Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi kenyataan memaklumkan, pasukan SMART berada dalam keadaan siap siaga untuk diatur gerak bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR).

​”NADMA melaksanakan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan Kerajaan MADANI mengatur gerak pasukan SMART ke Nepal bagi membantu operasi SAR susulan bencana banjir yang melanda negara berkenaan.

​”Bagaimanapun, pergerakan pasukan masih tertakluk kepada keperluan dan keputusan rasmi Kerajaan Nepal bagi menerima kemasukan bantuan Malaysia,”menurut kenyataan itu.

​Menurut kenyataan itu juga, urusan penyelarasan antara kerajaan diuruskan bersama pihak Kementerian Luar (Wisma Putra).

Kesiapsiagaan pasukan SMART mencerminkan komitmen tinggi Malaysia dalam membantu masyarakat termasuk komuniti antarabangsa yang terjejas akibat bencana.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.