
KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Terengganu, Pahang dan Sabah sehingga 9 malam ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Daerah Terengganu terjejas: Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman, Marang, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
- Kawasan terjejas lain: Pahang - Jerantut; Sabah - Paitan, Tongod (Sandakan), Sipitang, Tenom, Beaufort, Pensiangan.
- Amaran dikeluarkan jika terdapat tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.
- Juga dikeluarkan apabila hujan lebat dijangka hampir berlaku atau berterusan melebihi satu jam.
Menurut MetMalaysia, di Terengganu, amaran itu melibatkan daerah Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman, Marang, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
Di Pahang, kawasan yang terjejas ialah Jerantut, manakala di Sabah melibatkan Paitan dan Tongod di Sandakan serta Sipitang, Tenom, Beaufort dan Pensiangan di Pedalaman.
Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.