
KUALA LUMPUR, 18 April – Seorang warganegara Malaysia disahkan terkorban dalam nahas sebuah helikopter yang terhempas di kawasan hutan terpencil di Kalimantan Barat, Indonesia, pada 16 April lalu.
- Mangsa dikenali sebagai Patrick Kee Chuan Peng, Ketua Pegawai Operasi KPN Plantations, berada di Kalimantan Barat atas urusan kerja.
- Helikopter berdaftar PK-CFX terputus hubungan selepas berlepas dari Kabupaten Melawi; bangkai ditemui di Desa Tapang Tingang, Kabupaten Sekadau.
- Konsulat Malaysia di Pontianak menyelaraskan bantuan konsular, majikan, dan keluarga untuk memudahkan urusan membawa pulang jenazah.
Mangsa dikenali sebagai Patrick Kee Chuan Peng, Ketua Pegawai Operasi KPN Plantations, yang berada di Kalimantan Barat atas urusan kerja ketika kejadian berlaku.
Menurut Kementerian Luar Negeri, helikopter yang didaftarkan sebagai PK-CFX dan dikendalikan sebuah syarikat penerbangan tempatan dilaporkan terputus hubungan sejurus berlepas dari Kabupaten Melawi menuju ke Kabupaten Kubu Raya.
Bangkai helikopter berkenaan kemudiannya ditemukan di Desa Tapang Tingang, Kecamatan Nanga Taman, Kabupaten Sekadau.
Punca nahas masih dalam siasatan pihak berkuasa Indonesia.
Konsulat Malaysia di Pontianak sedang menghulurkan bantuan konsular termasuk menyelaras dengan pihak berkuasa Indonesia, majikan serta keluarga bagi memudahkan urusan membawa pulang jenazah ke tanah air.