Seorang maut, tujuh cedera dalam serangan Rusia di Zaporizhzhia

Anggota bomba memadamkan kebakaran di premis yang terbakar akibat serangan dron Rusia / REUTERS

ZAPORIZHZHIA, 17 Jun– Seorang terbunuh manakala tujuh lagi cedera dalam serangan dron Rusia di bandar Zaporizhzhia, tenggara Ukraine.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan mencetuskan kebakaran di sebuah bangunan kediaman dan pusat beli-belah.
  • Gabenor Ivan Fedorov mengesahkan sekurang-kurangnya lima serangan dilaporkan.
  • Sebuah institusi pendidikan mengalami kerosakan akibat serangan.
  • Penduduk Nataliia berkata bangunan mereka runtuh selepas dron meletup berhampiran; keluarga terpaksa berlindung di satu bilik.

Menurut polis Ukraine, mangsa maut ketika berada di dalam kenderaan semasa gelombang serangan yang melanda bandar itu pada malam Selasa.

Serangan tersebut turut mencetuskan kebakaran di sebuah bangunan kediaman dan pusat beli-belah.

Gabenor Wilayah Zaporizhzhia, Ivan Fedorov berkata, sekurang-kurangnya lima serangan dilaporkan berlaku di bandar berkenaan.

Selain kebakaran, sebuah institusi pendidikan turut mengalami kerosakan.

Seorang penduduk, Nataliia berkata, beliau dan keluarganya berlindung di dalam satu bilik sebelum sebuah dron meletup berhampiran kediaman mereka.

“Selepas letupan itu, bangunan kami runtuh. Kami hanya sempat berlindung bersama keluarga,” katanya.

Rakaman di lokasi menunjukkan anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran, manakala pasukan kecemasan menjalankan operasi di kawasan yang terjejas. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.