Melaka buka tiga laluan penerbangan baharu

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

BATU BERENDAM, 19 Jun – Melaka bakal membuka tiga laluan penerbangan baharu tahun ini, masing-masing ke Batam, Kota Bharu dan Pulau Pinang menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam di sini menjelang akhir tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan Negeri sedang berunding dengan syarikat penerbangan untuk merealisasikan laluan baharu.
  • Kerajaan akan memasarkan Melaka sebagai destinasi pelancongan walaupun lapangan terbang kecil, dengan koordinasi CAAM dan pengurusan lapangan terbang.
  • Pelaksanaan bergantung pada penilaian pihak berkenaan; negeri menunggu keputusan mereka.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Kerajaan Negeri ketika ini sedang berunding dengan syarikat penerbangan untuk laluan berkenaan.

“Insya-Allah, saya akan cuba sedaya upaya memasarkan Melaka sebagai destinasi pelancongan. Walaupun lapangan terbang kita agak kecil, dengan koordinasi yang baik daripada pihak Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dan pengurusan lapangan terbang, kita yakin operasi penerbangan dapat diuruskan dengan lancar.

“Mengenai pelaksanaannya pada tahun ini, ia bergantung kepada penilaian pihak berkenaan. Kita hanya menerima dan menunggu keputusan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.