Bekalan barangan keperluan asas cukup menjelang PRN – Fuziah

Timbalan Menteri KPDN, Datuk Dr. Fuziah Salleh. Foto fail RTM

JOHOR BAHRU, 19 Jun – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan barangan keperluan asas mencukupi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rakyat tidak perlu bimbang gangguan bekalan susulan kehadiran petugas pilihan raya dan peningkatan kos logistik.
  • Sistem baharu minyak masak disalurkan melalui 95 Point of Sales mulai 1 Julai 2026, termasuk di pasaraya Econsave.
  • Kenyataan dibuat selepas tinjauan program Jualan Rahmah MADANI di Pasaraya Econsave Taman Daya.
  • Sejumlah 13,692 siri PJRM dilaksanakan di seluruh negara; di Johor 920 siri menarik 2.3 juta pengunjung dan transaksi lebih RM1.4 juta.

Timbalan Menteri KPDN, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, rakyat di kedua-dua negeri berkenaan tidak perlu bimbang kemungkinan gangguan bekalan susulan kedatangan sejumlah petugas pilihan raya serta peningkatan kos logistik ekoran krisis bekalan global ketika ini.

“Bekalan barangan kawalan dijamin mencukupi. Kita tahu pilihan raya akan ramai orang luar datang termasuk petugas-petugas. Jadi mungkin kita takut ada gangguan dari segi bekalan barangan terkawal.

“Jadi, saya melihat sistem baharu yang diperkenalkan di Johor iaitu sistem minyak masak dibekalkan melalui 95 ‘Point of Sales’ mulai 1 Julai 2026 termasuk di pasaraya Econsave ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di Pasaraya Econsave Taman Daya, di sini.

Sebanyak 13,692 siri PJRM telah dilaksanakan di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga 13 Jun 2026.

Di Johor, sebanyak 920 PJRM telah dilaksana yang berjaya menarik kehadiran 2.3 juta pengunjung, selain merekodkan lebih RM1.4 juta ringgit transaksi pembelian.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.