fb fb fb fb fb

MDEC diberi tempoh sebulan teliti kelewatan permit FKW - Fahmi

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil

PETALING JAYA, 29 November - Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diberi tempoh sebulan untuk meneliti isu kelewatan pengeluaran permit bagi pekerja berpengetahuan bukan warganegara (FKW) dan mencari penyelesaian untuk mengurangkan tempoh kemasukan mereka bekerja di Malaysia dalam industri pusat panggilan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata langkah itu selari dengan hasrat kerajaan memudah cara perniagaan dan menjadikan Malaysia destinasi premier bagi kebanyakan syarikat asing membuka perniagaan, syarikat dan operasi peringkat Asia Tenggara dengan pangkalannya di sini.

"Kalau sebelum ini ada yang tunggu lapan minggu, 12 minggu ataupun lebih dari itu, tetapi kita hendak teliti proses bagi FWK ini dan tanpa kita mengetepikan aspek keselamatan.

"Kita melalui MDEC akan berurusan dengan agensi-agensi yang lain untuk melihat di mana kita boleh percepatkan proses itu dan mempermudahkan bg syarikat-syarikat yang ingin memohon," katanya kepada pemberita ketika ditemui di CX Summit 2023, di sini.

Tambah Fahmi, MDEC akan berurusan dengan agensi lain untuk mempercepat dan mempermudah proses bagi syarikat yang memohon FKW.

Dalam pada itu, Fahmi turut memberi peringatan kepada syarikat-syarikat pusat panggilan supaya memberi penegasan dalam aspek keselamatan siber bagi mengelak pangkalan data yang dipegang dan diproses atau pegawai tadbir data menjadi laluan bagi penjenayah mencuri data.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN