Isu Man City bukti ketelusan kewangan sangat diperlukan – Tebas

Javier Tebas/Foto AFP

MADRID, 28 September – Presiden La Liga, Javier Tebas mendesak agar kawalan lebih ketat dilaksanakan bagi memelihara integriti sukan bola sepak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tebas tekankan kepentingan kawalan ekonomi, ketelusan dan penguatkuasaan peraturan adil untuk lindungi integriti serta kelestarian bola sepak.
  • Beliau antara pengkritik awal "doping kewangan" sejak 2017 terhadap kelab yang dibiayai sumber Teluk seperti Man City dan PSG.
  • Manchester City menafikan 114 daripada 115 pertuduhan; didakwa gagal serah maklumat kewangan, merahsiakan pembayaran dan enggan bekerjasama siasatan.

Kenyataan itu dikeluarkan beliau susulan laporan yang mendakwa Manchester City didapati bersalah melanggar peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Apa yang berlaku ini sekali lagi membuktikan kawalan ekonomi, ketelusan dan pelaksanaan peraturan yang adil untuk semua adalah amat penting bagi melindungi integriti serta kelestarian bola sepak,” kata Tebas menerusi media sosial.

Tebas menambah, beliau merupakan antara tokoh terawal yang lantang menyuarakan isu “doping kewangan” sejak 2017 berhubung tindakan kelab seperti Manchester City dan Paris Saint-Germain (PSG) yang memanfaatkan sumber kewangan gergasi dari negara-negara Teluk untuk melonjakkan kelab masing-masing.

Terdahulu, Pengerusi Manchester City, Khaldoon Al Mubarak menegaskan kelab itu tidak bersalah dengan menepis dakwaan bahawa kelabnya bersalah 114 daripada 115 pertuduhan pelanggaran peraturan kewangan.

Juara EPL itu sebelum ini berdepan dakwaan gagal menyediakan maklumat kewangan yang tepat, merahsiakan butiran pembayaran pemain serta jurulatih, melanggar peraturan kelestarian kewangan dan enggan memberikan kerjasama dalam siasatan.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.