
TEMERLOH, 27 September – Bazar Himpunan Usahawan Pemasar Ikan dan Penternak Akuakultur (BAHTERA) peringkat Negeri Pahang mencatat jualan keseluruhan RM92,155 hanya dalam tempoh sehari.
- BAHTERA julung kali diadakan, melibatkan tiga segmen jualan utama sepanjang program.
- Pecahan jualan: Zon Segar RM63,138.40; Zon Pemprosesan RM16,488.60; Zon Kulinari RM12,528.
- Program berlabuh tirai pada Ahad selepas sambutan menggalakkan daripada usahawan dan pengunjung.
- LKIM merancang perluaskan BAHTERA ke negeri lain untuk memperkukuh rantaian pemasaran dan manfaatkan usahawan serta pengguna.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, jumlah itu direkodkan pada Sabtu menerusi tiga segmen jualan utama sepanjang program berkenaan yang julung kali diadakan.
Menurutnya, daripada jumlah itu, Zon Segar merekodkan nilai jualan sebanyak RM63,138.40, Zon Pemprosesan (RM16,488.60) manakala Zon Kulinari (RM12,528).
Beliau berkata, BAHTERA yang berlangsung di Dataran Temerloh melabuhkan tirai pada Ahad selepas menggalakkan daripada usahawan dan pengunjung.
Susulan sambutan yang menggalakkan, LKIM merancang memperluaskan penganjuran BAHTERA ke negeri-negeri lain pada masa hadapan.
“Langkah itu bagi memperkukuh rantaian pemasaran perikanan negara dan memperluaskan manfaat kepada usahawan serta pengguna, ” kata Muhammad Faiz.
Katanya, BAHTERA selari dengan fungsi utama agensi itu dalam memajukan perusahaan perikanan dan pemasaran ikan.
Sekali gus, menterjemahkan mandat LKIM menerusi inisiatif baharu yang memberi manfaat secara langsung kepada usahawan perikanan dan masyarakat selaras dengan Seksyen 4(1)(a), Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971 (Akta 47).