fb fb fb fb fb

MCMC sekat lebih 7,000 laman web lucah - Fahmi

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 11 Disember-Sebanyak 7,097 laman web berunsur lucah disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2018 hingga 30 November berdasarkan pemantauan dan aduan diterima.

Jelas Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, pihaknya memandang serius iklan berkaitan seks termasuk lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Katanya, ia bukan sahaja bercanggah dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tetapi boleh merosakkan akhlak rakyat.

"Dari 1 Januari hingga 30 November, sebanyak 599 kandungan berunsur lucah telah diturunkan.

"Paling banyak di Instagram sebanyak 107 kandungan manakala di Facebook terdapat 54 kandungan dan ada sejumlah yang lain," kata Fahmi ketika menjawab soalan daripada Senator, Tuan Seruandi Saad berkenaan usaha kementerian dalam menangani isu iklan berunsurkan seks dan seks songsang di pelbagai peranti yang merosakkan moral dan akhlak rakyat di Dewan Negara di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM