MADA beri jaminan El-Nino tidak jejas aktiviti penanaman padi

ALOR SETAR, 10 Mei- Fenomena El-Nino atau cuaca kering yang dijangka berlaku bulan ini, tidak akan menjejaskan aktiviti penanaman padi musim pertama (1/2023) di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

MADA menerusi kenyataannya memaklumkan, sumber air utama pengairan padi adalah daripada pelepasan empangan dan bekalan air pengairan mencukupi mengikut fasa-fasa pengairan jadual penanaman padi.

“Kapasiti takungan Empangan Pedu 71.89 peratus, Empangan Muda 55 peratus dan Empangan Ahning 97.47 peratus.

Jumlah takungan ketiga-tiga empangan mampu untuk memenuhi keperluan sumber air pengairan penanaman padi,” menurut kenyataan itu.

(Foto hiasan)

MADA turut mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang fenomena El-Nino dengan memaksimumkan penggunaan stesen pam guna semula.

Ia bagi menjimatkan air dari empangan dan pengoperasian pam bergerak untuk membekalkan air ke kawasan tanah tinggi dan tanah bermasalah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.