Piala Dunia 2026 : Bosnia Herzegovina hidupkan peluang ke pusingan kalah mati

Bosnia menduduki tempat ketiga dengan berkongsi empat mata bersama Kanada

SEATTLE, 25 Jun – Bosnia Herzegovina menghidupkan peluang ke pusingan kalah mati apabila menewaskan Qatar 3-1, dalam aksi Kumpulan B, Piala Dunia 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bosnia menguasai permainan sejak awal dan menjaringkan dua gol dalam masa lima minit menerusi Kerim Alajbegovic dan gol sendiri lawan.
  • Qatar merapatkan kedudukan beberapa minit menuju rehat melalui jaringan Hassan Al-Haydos.
  • Ermin Mahmoc hadiahkan gol ketiga untuk Bosnia sekitar sepuluh minit sebelum tamat masa sebenar.
  • Bosnia kini di tempat ketiga dengan empat mata sama seperti Kanada, masih berpeluang tetapi bergantung keputusan perlawanan lain.

Kedua-dua pasukan turun membawa misi wajib menang, selepas tumpas dalam aksi kedua minggu lepas.

Bagaimanapun, Bosnia dilihat menguasai permainan sejak awal dan berjaya meledak dua gol dalam tempoh 5 minit hasil penyudah Kerim Alajbegovic dan jaringan sendiri pertahanan kiri Qatar, Sultan Al-Brake pada pertengahan babak pertama.

Qatar bagaimanapun, dapat merapatkan kedudukan beberapa minit menuju rehat menerusi jaringan Hassan Al-Haydos.

Berbaki 10 minit sebelum tamat masa sebenar permainan, Ermin Mahmoc menghadiahkan gol ketiga buat Bosnia untuk menamatkan saingan di kedudukan ke-3 kumpulan.

Bosnia menduduki tempat ketiga dengan berkongsi empat mata bersama Kanada yang dibezakan dengan jumlah gol serta masih berpeluang ke pusingan seterusnya, namun bergantung kepada keputusan perlawanan-perlawanan kumpulan yang lain.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.