
Vancouver, 25 Jun – Switzerland mengesahkan slot ke pusingan 32 terbaik selaku juara kumpulan B, Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Kanada 2-1 dalam perlawanan terakhir, awal pagi tadi.
- Babak pertama hambar, tiada jaringan.
- Ruben Vargas (minit 46) dan Johan Manzambi (minit 57) meletakkan Switzerland unggul.
- Kesilapan pertahanan benarkan Promise David (minit 76) merapatkan, tetapi kedudukan kekal; Kanada naib juara kumpulan dan turut mara.
Aksi kedua-dua pasukan pada babak pertama berlangsung hambar dengan gagal menghasilkan sebarang jaringan.
Kembali selepas rehat, Switzerland tampil lebih garang dengan Ruben Vargas berjaya meletakkan pasukannya di depan hasil jaringan pada minit ke-46.
Switzerland melebarkan kedudukan menerusi jaringan minit ke-57 oleh Johan Manzambi.
Namun, kesilapan pertahanan Switzerland mengeluarkan bola membolehkan Kanada merapatkan kedudukan menerusi Promise David, pada minit ke-76.
Bagaimanapun, kedudukan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.
Kemenangan itu, membolehkan Switzerland menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan tujuh mata, manakala Kanada muncul naib juara kumpulan dengan empat mata, namun turut lolos ke pusingan seterusnya.-AFP