IOC pilih tuan rumah Olimpik 2036 pada 2029

IOC tetapkan 2029 bagi pemilihan hos Olimpik 2036/Foto AFP

LAUSANNE, 24 Jun – Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akan memilih tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2036 pada pertengahan 2029.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sistem pemilihan baharu diluluskan semasa Sesi IOC ke-146 di Lausanne.
  • Proses baharu akan dilaksanakan dalam tiga peringkat, dijadual bermula Mac 2027.
  • Reformasi memberi kejelasan kepada bakal tuan rumah dan membolehkan kerajaan sediakan sokongan mengikut garis masa.
  • Edisi 2028 di Los Angeles dan 2032 di Brisbane; 2036 masih belum mempunyai tuan rumah.

Pengerusi Suruhanjaya Hos Masa Depan IOC, Kolinda Grabar-Kitarovic berkata, pemilihan itu akan dibuat menerusi sistem baharu yang diluluskan bersempena Sesi IOC Ke-146 di Lausanne, Switzerland.

Menurut beliau, proses pemilihan baharu itu akan dilaksanakan menerusi tiga peringkat dan dijadual bermula pada Mac 2027.

“Reformasi ini akan memberikan kejelasan yang lebih baik kepada bakal tuan rumah, selain membolehkan kerajaan masing-masing menyediakan sokongan yang diperlukan mengikut garis masa yang ditetapkan,” katanya.

Sukan Olimpik Musim Panas 2028 akan berlangsung di Los Angeles, manakala edisi 2032 dijadual diadakan di Brisbane, Australia.

Edisi 2036 kini menjadi temasya Olimpik Musim Panas seterusnya yang masih belum mempunyai tuan rumah.

Sebelum ini, Brisbane dipilih sebagai tuan rumah Olimpik 2032 kira-kira 11 tahun lebih awal, manakala tuan rumah Olimpik Musim Sejuk 2030 dan 2034 diumumkan masing-masing enam dan 10 tahun sebelum penganjuran.

IOC sebelum ini menggunakan proses yang lebih fleksibel dan tertutup, dengan keputusan akhir hanya disahkan oleh sesi IOC selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif badan itu.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.