Hasil negara kena beri semula kepada rakyat – PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke beramah mesra dengan pemandu teksi/Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 14 Oktober – Pemberian Bantuan Khas Kewangan secara sekali beri sebanyak RM1,000 kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah merupakan inisiatif kerajaan memulangkan semula hasil yang diperoleh kepada rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bantuan mengambil kira cabaran pemandu, termasuk persaingan industri dan peningkatan kos sara hidup.
  • Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan menghargai sumbangan setiap lapisan masyarakat.
  • Perdana Menteri menghargai peranan Kementerian Pengangkutan dalam mencari solusi meringankan beban pemandu.
  • Dalam majlis pelancaran, 500 pemandu menerima baucar; pembiayaan datang daripada jualan nombor pendaftaran khas 'H'.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu mengambil kira cabaran yang dihadapi golongan berkenaan, termasuk persaingan dalam industri pengangkutan serta peningkatan kos sara hidup.

Menurut beliau, langkah itu juga mencerminkan komitmen kerajaan untuk menghargai sumbangan setiap lapisan masyarakat dalam menyokong ekonomi negara.

“Setiap kali saya jumpa pemandu teksi, mereka mengeluh, bagaimana boleh cari jalan untuk meringankan beban dan kita pun tidak ada jawapan yang mudah kerana pilihan kena beri kepada rakyat, dia nak guna apa dan sebagainya. Jadi sebab itu saya hargai peranan Kementerian, khususnya Menteri Pengangkutan.

“Saya tengok sekarang ini apa sahaja langkah diambil adalah demi meringankan beban rakyat termasuk apa-apa kemudahan yang dibangkitkan, kita cuba selesai dengan baik,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah di sini.

Seramai 500 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah menerima baucar sumbangan bernilai RM1,000 setiap seorang susulan pengumuman bantuan khas kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober lalu.

Pembiayaan bantuan khas tersebut menggunakan hasil jualan nombor pendaftaran kenderaan khas ‘H’ yang berjaya menjana RM91.2 juta.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.