Kes pertama Ebola dikesan di Perancis

Siasatan epidemiologi menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang berhubung dengan pesakit / Foto AFP

PARIS, 25 Jun – Perancis mengesahkan kes Ebola pertama melibatkan seorang doktor yang baharu pulang daripada misi kemanusiaan di Republik Demokratik Congo.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pesakit tiba di Paris dengan penerbangan komersial, hanya menunjukkan sakit kepala, kini dirawat dan dilapor stabil.
  • Langkah berjaga-jaga diambil: pesakit diasingkan dan senarai penumpang diserahkan kepada pihak berkuasa.
  • Siasatan epidemiologi menyeluruh sedang dijalankan untuk mengenal pasti dan menjejak individu yang berhubung dengan pesakit.
  • Lima penumpang dikenal pasti sebagai kontak rapat, diasingkan di rumah 21 hari dan dipantau; pemantauan untuk pekerja bantuan turut disediakan.

Kementerian Kesihatan memaklumkan kes pertama positif wabak berkenaan telah dikenal pasti.

“Pesakit tiba di Paris pada Selasa menerusi penerbangan komersial, tidak menunjukkan sebarang simptom kecuali sakit kepala dan kini sedang menjalani rawatan serta dilapor stabil.

“Langkah berjaga-jaga telah diambil termasuk pengasingan pesakit dan senarai penumpang juga telah diserahkan kepada pihak berkuasa,”menurut kenyataan Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Stephanie Rist memaklumkan, siasatan epidemiologi menyeluruh juga sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang berhubung dengan pesakit berkenaan.

“Lima penumpang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat dan menjalani pengasingan di rumah selama 21 hari dan dipantau sepanjang tempoh berkenaan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, lain-lain kontak sedang dikenal pasti,”katanya.

Dalam masa sama, sistem pemantauan khusus sedia dilaksana bagi pekerja bantuan Perancis yang pulang ke negara itu.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.