
GENEVA, 25 Jun – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bakal mengisytiharkan penamatan wabak hantavirus, 2 Julai ini sekiranya tiada kes baharu dikesan.
- Lebih 650 kontak rapat telah dikenal pasti dan dipantau di 33 negara serta wilayah.
- 54 kontak masih menjalani tempoh kuarantin, manakala bakinya telah menamatkan kuarantin masing-masing.
- WHO akan terus menjalankan kajian dan menganalisis sampel virus bagi membangunkan rawatan serta vaksin pada masa depan.
Menurut Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus, penilaian itu dibuat jika tiada kes baharu dilaporkan pada tempoh berkenaan.
“Lebih 650 kontak rapat telah dikenal pasti dan dipantau oleh pihak berkuasa kesihatan di 33 negara dan wilayah.
“Setakat ini, hanya 54 kontak masih menjalani tempoh kuarantin, manakala bakinya telah menamatkan kuarantin masing-masing,”katanya dalam sidang media di ibu pejabat WHO.
Beliau bagaimanapun, memaklumkan WHO akan terus menjalankan kajian dan menganalisis sampel virus, agar rawatan serta vaksin boleh dibangunkan pada masa depan.
Wabak hantavirus dikaitkan dengan kapal persiaran MV Hondius telah mencetuskan kebimbangan antarabangsa sebelum ini, dengan 12 kes disahkan termasuk 3 kematian.-AFP