KPKM perkukuh persiapan hadapi cuaca buruk Disember-April

Foto FB Mohamad Sabu

KLANG, 20 November – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengadakan taklimat serta menyusun persiapan awal bagi menghadapi kemungkinan cuaca buruk yang dijangka berlaku antara Disember hingga April, terutama di kawasan utara Semenanjung Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sektor perikanan berisiko, nelayan pantai boleh terjejas apabila ikan bergerak ke perairan lebih jauh.
  • LKIM dan pihak swasta diarahkan menyediakan stok ikan sejuk beku dalam kuantiti besar.
  • Langkah ini bagi memastikan bekalan protein negara mencukupi jika berlaku bencana atau gangguan perikanan.
  • Sektor pertanian kekal didorong, penanaman padi di kawasan MADA diharap diteruskan mengikut jadual; kesiapsiagaan diperkukuh.

Persiapan itu turut mengambil kira kesan terhadap sektor perikanan, khususnya kemungkinan nelayan pantai terjejas berikutan perubahan cuaca yang boleh menyebabkan ikan bergerak ke kawasan perairan lebih jauh dari pantai.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bagi memastikan bekalan makanan negara kekal mencukupi, persiapan awal telah dilaksanakan khususnya dalam sektor perikanan.

“Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bersama pihak swasta turut diarah menyediakan stok ikan sejuk beku dalam kuantiti besar sebagai langkah menghadapi kemungkinan gangguan bekalan.

“Langkah itu bertujuan memastikan bekalan protein negara sentiasa mencukupi sekiranya berlaku sebarang bencana atau gangguan terhadap aktiviti perikanan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Agro i-Sinar, Skim Pembiayaan Untuk Usahawan Mikro India yg diadakan di Klang, Selangor.

Turut hadir, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah.

Sementara itu, dalam sektor pertanian pula, Datuk Seri Mohamad berharap Penanaman padi di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah diharap dapat diteruskan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Pada masa sama, langkah kesiapsiagaan turut diperkukuh bagi memastikan sektor pertanian kekal berdaya tahan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana,” katanya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.