
GENTING SEMPAH, 20 November – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempergiat usaha meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya menerusi Program Advokasi Jelajah Wira MADANI JSPT yang memberi tumpuan kepada pendidikan serta penglibatan secara langsung bersama masyarakat.
- Tema: "Advokasi Membudayakan Keselamatan Jalan Raya"
- Pelaksanaan Go Safety Check Point fokus keselamatan penunggang motosikal, kerjasama GGR Moto dan Minyak Hitam Jalanan
- Program menyediakan maklumat penyelenggaraan motosikal dan amalan penunggangan selamat serta berhemah
- Sesi Podcast Keselamatan Jalan Raya, solat Jumaat di Masjid Sultan Abu Bakar dan advokasi bersama penduduk setempat; majlis pelepasan disempurnakan Timbalan Ketua Polis Negara
Program bertemakan ‘Advokasi Membudayakan Keselamatan Jalan Raya’ itu turut memberi perhatian kepada aspek keselamatan penunggang motosikal menerusi pelaksanaan ‘Go Safety Check Point’ dengan kerjasama GGR Moto dan Minyak Hitam Jalanan.
Inisiatif berkenaan membuka ruang kepada pengguna jalan raya mendapatkan maklumat mengenai penyelenggaraan motosikal serta amalan penunggangan yang selamat dan berhemah.
Majlis pelepasan Jelajah Wira MADANI JSPT disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid.
Turut diadakan sesi Podcast Keselamatan Jalan Raya bersama warga JSPT bagi mendekatkan masyarakat dengan pihak polis, selain menyediakan platform perkongsian maklumat berkaitan keselamatan jalan raya.
Pengisian program diteruskan dengan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abu Bakar, Janda Baik, Pahang, diikuti aktiviti advokasi bersama penduduk setempat.