Perdagangan Malaysia catat paras tertinggi, lepasi RM400 bilion

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 20 November – Jumlah perdagangan Malaysia mencatatkan paras tertinggi dalam sejarah apabila buat pertama kali melepasi RM400 bilion pada Oktober 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jumlah perdagangan melonjak 58% kepada RM436.61 bilion menurut MITI.
  • Eksport meningkat 61.1% kepada RM239.20 bilion, melepasi paras RM200 bilion dua bulan berturut-turut.
  • Import berkembang 54.4% kepada RM197.41 bilion, lebihan dagangan RM41.80 bilion.
  • Prestasi eksport didorong permintaan kukuh barangan elektrik dan elektronik, khususnya semikonduktor dan teknologi berkaitan AI, di pasaran ASEAN, China, AS, EU.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan memaklumkan, jumlah perdagangan melonjak 58 peratus kepada RM436.61 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Eksport pula meningkat 61.1 peratus kepada RM239.20 bilion, sekali gus melepasi paras RM200 bilion bagi dua bulan berturut-turut.

“Sementara itu, import berkembang 54.4 peratus kepada RM197.41 bilion, dengan lebihan dagangan sebanyak RM41.80 bilion,” menurut kenyataan itu.

Prestasi eksport didorong permintaan kukuh terhadap barangan elektrik dan elektronik, khususnya semikonduktor serta teknologi berkaitan kecerdasan buatan (AI).

Pertumbuhan eksport turut dicatatkan ke pasaran utama termasuk ASEAN, China, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2026, jumlah perdagangan negara meningkat 33.2 peratus kepada RM3.348 trilion, sekali gus mencatatkan paras tertinggi dalam sejarah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.