
PARIS, 25 Jun – Perancis kini berdepan gelombang haba dengan suhu yang dicatatkan dijangka kekal pada paras luar biasa tinggi.
- Meteo-France melaporkan purata suhu kebangsaan mencecah 30 darjah Celsius; amaran tahap merah dikeluarkan.
- Kenaikan suhu memaksa kebanyakan sekolah, pejabat dan kilang di seluruh Eropah ditutup awal.
- United Kingdom rekod 36.1 darjah Celsius di selatan England; Sepanyol pecah rekod dengan purata 28.17 darjah.
Menurut agensi cuaca kebangsaan, Meteo-France, negara itu mencatatkan purata suhu kebangsaan mencecah 30 darjah Celsius pada Rabu, sekali gus merekodkan suhu tertinggi berbanding hari sebelumnya.
“Berdasarkan data awal di 30 stesen, indeks suhu kebangsaan mencatatkan suhu mencapai 30 darjah Celsius dan amaran tahap merah tertinggi, dikeluarkan,”katanya.
Cuaca panas melampau itu turut mengakibatkan kira-kira 68,000 isi rumah terputus bekalan elektrik di bahagian barat daya wilayah Finistere.
Gangguan bekalan elektrik berlaku secara tidak sengaja serta berkait secara langsung dengan suhu tinggi yang melanda rantau berkenaan.
Peningkatan suhu itu menyebabkan kebanyakan sekolah, pejabat dan kilang di seluruh Eropah ditutup awal.
Sementara itu, United Kingdom mencatat suhu tertinggi pernah direkodkan bagi bulan Jun dengan suhu mencecah 36.1 darjah Celsius di selatan England, mengatasi rekod 35.6 darjah Celsius pada 1976.
Sepanyol juga memecahkan rekod gelombang haba pada bulan ini dengan suhu purata mencecah 28.17 darjah Celsius, pada Selasa.-AFP