Harga minyak dunia susut ke paras terendah

Indeks Nasdaq ditutup lebih rendah untuk sesi ketiga berturut-turut /Foto CCTV

NEW YORK, 25 Jun – Harga minyak dunia susut ke paras terendah pada Rabu sejak bermulanya konflik di Asia Barat, manakala saham teknologi terus menunjukkan kelemahan dalam sesi bercampur bagi pasaran saham global.

RINGKASAN BERITA AI
  • Niaga hadapan Brent jatuh di bawah AS$75 setong, kali pertama sejak perang AS-Iran bermula.
  • Chris Beauchamp (IG) jangka kejatuhan minyak berterusan jika industri mampu menampung jurang bekalan selepas gangguan.
  • Di Wall Street, Nasdaq ditutup lebih rendah tiga sesi berturut-turut; Dow meningkat 0.4% dan kebimbangan atas penilaian semikonduktor, saham AI.
  • Dolar mengukuh selepas mesyuarat Fed, pelabur menanti data inflasi AS; jangkaan kadar lebih tinggi menekan emas di bawah AS$4,000.

Niaga hadapan Brent jatuh dibawah AS$75 setong, buat pertama kali sejak perang Amerika Syarikat (AS)-Iran bermula pada akhir Februari.

Ketua penganalisis pasaran di platform dagangan dalam talian IG, Chris Beauchamp menjangkakan kejatuhan harga minyak itu akan berterusan dengan andaian industri minyak berupaya menampung ‘jurang’ selepas terganggu beberapa bulan.

Di Wall Street, indeks Nasdaq ditutup lebih rendah untuk sesi ketiga berturut-turut, ketika pasaran bimbang mengenai penilaian tinggi saham semikonduktor dan syarikat berkaitan ledakan kecerdasan buatan (AI), manakala Indeks Dow pula meningkat 0.4 peratus.

Di Asia, indeks Kospi Seoul naik lebih 3 peratus selepas jatuh 10 peratus pada Selasa.

Sementara itu, pasaran Hong Kong dan Shanghai turut mencatat kenaikan pada Rabu, walaupun Tokyo sekali lagi ditutup lebih rendah.

Dalam pasaran mata wang, dolar terus mengukuh selepas mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) minggu lepas dan pelabur menanti data inflasi AS pada Khamis bagi mendapatkan petunjuk kenaikan kadar faedah.

Namun jangkaan kadar faedah AS yang lebih tinggi menjejaskan emas sebagai aset selamat, dengan kejatuhan harga di bawah AS$4,000 buat pertama kali sejak November.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.