Star Karnival Cuti-cuti Malaysia 2026, teroka pengalaman destinasi istimewa dalam negara

Inisiatif ‘Destinasi Indah, Harga Rahmah’ menawarkan pelbagai tawaran perjalanan menarik serta pakej percutian berbaloi

PETALING JAYA, 25 Jun – Star Karnival Cuti-cuti Malaysia 2026 merupakan inisiatif strategik merangsang pelancongan domestik serta memperkukuh penyertaan industri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif 'Destinasi Indah, Harga Rahmah' tawarkan pakej percutian berbaloi untuk keluarga, hujung minggu dan eksplorasi budaya.
  • Pelawat dapat menikmati persembahan budaya tradisional, demonstrasi warisan dan tradisi tempatan sepanjang karnival.
  • Edisi kedua bertema Temui, Alami, Terokai jelajah enam negeri, jana pendapatan untuk inap desa, pemandu dan usahawan kecil.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Chiew Choon Man berkata penganjuran berskala besar itu sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia meneroka keunikan dan pengalaman percutian di negara ini, sekali gus menyokong ekonomi tempatan.

“Inisiatif ‘Destinasi Indah, Harga Rahmah’ menawarkan pelbagai tawaran perjalanan menarik serta pakej percutian berbaloi menerusi antaranya percutian keluarga, hujung minggu juga eksplorasi budaya.

“Pada masa sama, pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai pengisian menarik seperti persembahan budaya tradisional, tradisi tempatan juga demostrasi kebudayaan serta warisan,”katanya pada majlis pelancaran karnival.

Beliau turut berkata, karnival berkenaan juga membuka peluang kepada pengendali inap desa, pemandu pelancong, usahawan kraf tangan dan perniagaan-perniagaan kecil terus menjana pendapatan.

Penganjuran edisi kedua ini bertemakan “Temui, Alami, Terokai” bakal menjelajah enam negeri masing-masing Pahang, Johor, Sabah, Pulau Pinang, Selangor, dan Sarawak dengan sasaran menarik lebih 200,000 pengunjung.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.