Tujuh cedera kemalangan tiga kenderaan di Keningau

Foto JBPM Sabah

KENINGAU, 2 Oktober – Tujuh mangsa cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan berhampiran Sekolah Kebangsaan Binaong, Keningau, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lelaki 60 tahun mengalami strok ringan; wanita 37 tahun cedera bahu, lelaki dikeluarkan dengan pengusung dan dihantar ambulans EMRS.
  • Empat mangsa (dua lelaki, dua wanita) termasuk dua kanak-kanak umur empat dan lapan tahun dihantar orang awam ke hospital sebelum bomba tiba.
  • Pasukan bomba (sembilan anggota) tiba pada 7.25 malam; operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 8 malam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.16 malam itu, dua mangsa berada dalam sebuah kenderaan, manakala empat lagi mangsa dalam kenderaan kedua dan seorang mangsa dalam kenderaan ketiga.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, dua mangsa berkenaan ialah lelaki berusia 60 tahun yang mengalami strok ringan dan wanita berusia 37 tahun yang mengalami kecederaan di bahu.

Mangsa lelaki dikeluarkan menggunakan pengusung sebelum dihantar ke hospital dengan ambulans EMRS.

Empat lagi mangsa terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita, termasuk dua kanak-kanak berusia empat dan lapan tahun. Kesemua mereka dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Seorang lagi mangsa turut dihantar ke hospital oleh orang awam.

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Keningau membabitkan sembilan anggota tiba di lokasi pada pukul 7.25 malam.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 8 malam selepas memastikan tiada bahaya lain.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.