Suami isteri maut, dua anak parah kemalangan di Kluang

Foto JBPM Johor

KLUANG, 2 Oktober – Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 72.5, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kluang, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua anak perempuan cedera parah dan dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
  • Kereta dalam perjalanan dari Kahang menuju Kluang ketika kejadian.
  • Kenderaan dipercayai hilang kawalan akibat jalan licin dan hujan sebelum bertembung lori dari arah bertentangan.
  • Pemandu lori berusia 34 tahun tidak cedera; kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dua anak perempuan mangsa yang berada di tempat duduk belakang turut cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh, kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika kereta mangsa dalam perjalanan dari arah Kahang menuju Kluang.

Beliau berkata, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan akibat keadaan jalan yang licin dan hujan sebelum bertembung dengan lori yang dipandu lelaki berusia 34 tahun dari arah bertentangan.

Suami berusia 54 tahun dan isterinya, 49 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dua anak perempuan mangsa masing-masing berusia 24 dan 21 tahun mengalami kecederaan parah, manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.