Op Dadu : 46 warga asing ditahan

Suspek dipercayai menerima purata gaji antara RM2,000 hingga RM3,500 sebulan

KUALA LUMPUR, 2 Oktober – Seramai 46 warga asing ditahan dalam serbuan Op Dadu Khas di sembilan lokasi berasingan sekitar ibu negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek terbabit penganjuran perjudian dalam talian menyasarkan pelanggan dari China, Korea dan Filipina.
  • Kegiatan dipercayai beroperasi sejak satu hingga tiga bulan, dengan suspek menerima purata gaji RM2,000 hingga RM3,500 sebulan.
  • Kesemua suspek direman antara satu hingga 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen dan Akta Rumah Judi Terbuka.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan kesemua mereka ditahan pada semalam dan hari disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian dalam talian.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek terbabit dalam kegiatan penganjuran perjudian dalam talian yang menyasarkan pelanggan dari China, Korea dan Filipina.

“Kegiatan dipercayai telah beroperasi sejak satu hingga tiga bulan lepas, dengan suspek menerima purata gaji antara RM2,000 hingga RM3,500 sebulan.

“Kesemua suspek direman satu hingga 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Rumah Judi Terbuka 1963,”katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai untuk menjauhi kegiatan perjudian serta sentiasa berwaspada terhadap taktik penipuan yang menggunakan modus operandi pusat panggilan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.