Runtuhan tanah : Warga asing disyaki tertimbus

PDRM turut membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa

GUA MUSANG, 2 Oktober – Seorang warga asing disyaki tertimbus dalam runtuhan tanah di sebuah rumah kongsi di kebun sayur berhampiran Pondok Polis Lojing, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • BBP terima panggilan kecemasan pada 4.12 petang; jentera tiba di lokasi pada 5.30 petang.
  • Penilaian awal mendapati runtuhan datang dari cerun setinggi kira-kira 50 meter.
  • Struktur rumah kongsi dibuat daripada kayu, lokasi kira-kira lima kilometer dari Pondok Polis Lojing.
  • Operasi mencari dan menyelamat dimulakan pada 5.54 petang dengan bantuan anggota polis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa
Bomba Muhammad Azrul Izzham Zulkifli memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Balai Polis Gua Musang pada pukul 4.12 petang bagi memaklumkan kejadian.

“Jentera BBP Gua Musang tiba di lokasi pada pukul 5.30 petang dan penilaian awal mendapati berlaku runtuhan tanah dari cerun dengan ketinggian kira-kira 50 meter.

“Maklumat awal turut mendapati struktur rumah kongsi berkenaan dibina menggunakan kayu dan lokasi kejadian kira-kira lima kilometer dari Pondok Polis Lojing.

“Serentak itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa dimulakan pada pukul 5.54 petang dengan bantuan anggota polis,”katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.