Lori Maritim terlibat kemalangan, anggota dan tahanan selamat

Kemalangan membabitkan sebuah lori Maritim Malaysia di Kelantan

KOTA BHARU, 17 November – Empat anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan dua tahanan warga Bangladesh yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori agensi itu di Kelantan, tengah hari tadi, disahkan tidak mengalami kecederaan serius.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lori dalam perjalanan pulang ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan selepas urusan pertuduhan di Mahkamah Kota Bharu sekitar pukul 11.35 pagi.
  • Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori mengelak sebuah kenderaan awam yang membelok ke kanan secara tiba-tiba.
  • Anggota pemandu dan pengiring dirawat sebagai pesakit luar, manakala tahanan mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Universiti Sains Malaysia.
  • Kejadian menjadi tular setelah video dikongsikan orang awam, menarik perhatian kerana terdapat tahanan di dalam lori semasa kemalangan.

Pengarah Maritim Kelantan, Kepten Maritim Kamal Mohamad berkata, keempat-empat anggota yang terdiri daripada pemandu dan pengiring hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Beliau berkata, kejadian kira-kira pukul 11.35 pagi itu berlaku ketika lori berkenaan dalam perjalanan pulang ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan selepas selesai urusan pertuduhan terhadap dua Orang Kena Tahan (OKT) warga Bangladesh di Mahkamah Kota Bharu.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori berkenaan mengelak sebuah kenderaan awam yang membelok ke kanan secara tiba-tiba.

Sementara itu, kedua-dua OKT berkenaan kini ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan selepas selesai mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), tengah hari tadi.

Kejadian itu tular di media sosial selepas video kemalangan berkenaan dikongsikan orang awam, sekali gus menarik perhatian ramai kerana terdapat tahanan di dalam lori terbabit ketika kemalangan berlaku.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.