4 rumah terbakar, 8 mangsa ditempatkan di PPS

Foto RTM

SEREMBAN, 26 Oktober – Lapan mangsa daripada tiga buah keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Gedong Lalang 162, susulan kebakaran empat rumah separuh kekal di belakang UTC Ampangan, di sini, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Beberapa rumah mengalami kemusnahan teruk akibat kebakaran malam tadi.
  • JBPM terima panggilan 8.17 malam; jentera tiba dalam lima minit; operasi pemadaman oleh BBP Seremban, Ampangan dan Seremban 2.
  • Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 8.40 malam.
  • PPS dibuka pada pukul 11 malam; mangsa tidak cedera; bantuan keperluan asas disalurkan; punca masih dalam siasatan.

Kebakaran kira-kira pukul 8.15 malam itu mengakibatkan keempat-empat rumah berkenaan mengalami kemusnahan teruk.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 8.17 malam, sebelum jentera tiba di lokasi lima minit kemudian.

Operasi pemadaman dijalankan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban dengan bantuan BBP Ampangan dan BBP Seremban 2.

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 8.40 malam.

Sementara itu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban memaklumkan PPS berkenaan dibuka pada pukul 11 malam bagi menempatkan enam mangsa dewasa dan dua kanak-kanak perempuan.

Kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bantuan keperluan asas turut disalurkan kepada keluarga yang terjejas.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.