Kerjasama universiti-industri penting lahir graduan sedia hadapi dunia pekerjaan

Foto BERNAMA

PETALING JAYA, 3 Oktober – Kerjasama lebih erat antara institusi pengajian tinggi dengan industri penting bagi memastikan graduan bukan sahaja memiliki kelayakan akademik, malah bersedia memenuhi keperluan sebenar dunia pekerjaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • CD:NXT menghubungkan pembelajaran universiti dengan pengalaman industri melalui campus@celcomdigi, Young Talent Programme dan sijil.
  • Pelajar menyelesaikan cabaran perniagaan sebenar, dibimbing mentor industri dan menjalani residensi di ibu pejabat CelcomDigi.
  • Program dimulakan bersama empat universiti dan mensasarkan lebih 300 penyertaan setahun sebagai komitmen membangun bakat negara.

Usaha itu diteruskan CelcomDigi menerusi CD:NXT, inisiatif pembangunan bakat yang menghubungkan pembelajaran di universiti dengan pengalaman industri sebenar.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Azlinda Azman berkata, pendedahan kepada cabaran industri perlu dimulakan ketika pelajar masih berada di universiti.

“Pelajar boleh didedahkan kepada cabaran industri ketika mereka masih dalam proses pembelajaran.

“Ia termasuk menyelesaikan masalah perniagaan sebenar sebagai sebahagian daripada tugasan kursus, menerima bimbingan daripada mentor industri, selain membina pengalaman tersebut menerusi pendedahan kerja yang tersusun,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

Menerusi fasa baharu CD:NXT, CelcomDigi memperkenalkan tiga komponen utama iaitu campus@celcomdigi, Young Talent Programme (YTP) serta Certifications.

Program campus@celcomdigi menggabungkan pembelajaran akademik dengan pengalaman kerja sebenar apabila pelajar tahun kedua diberi peluang menyelesaikan cabaran perniagaan sebenar sebagai sebahagian daripada kursus, selain menerima bimbingan pengamal industri.

Bagi pelajar tahun akhir terpilih pula, mereka akan menjalani residensi industri di ibu pejabat CelcomDigi serta terlibat secara langsung dalam projek sebenar.

Program itu dimulakan bersama empat universiti iaitu Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kuala Lumpur dan HELP University, dengan sasaran penyertaan lebih 300 pelajar setahun.

Sementara itu, Ketua Pegawai Sumber Manusia CelcomDigi, Azmi Ujang menyifatkan usaha berkenaan sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat membantu membangunkan bakat baharu negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.