fb fb fb fb fb

Tanah runtuh, lelaki Indonesia maut

Foto Fail

SELANGOR, 9 Mei- Seorang lelaki warga Indonesia maut dalam insiden tanah runtuh yang berlaku di tapak pembinaan Taman Ros Serendah, Selangor.

Pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor memaklumkan mangsa berusia 20 tahun.

Mangsa dianggarkan tertimbus sedalam 10 kaki.

"Insiden berlaku ketika pekerja sedang melakukan kerja pembinaan di tapak tersebut.

"Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 10.31 pagi.

"Seramai enam anggota digegaskan ke lokasi kejadian untuk melakukan kerja-kerja menyelamat," menurut kenyataan itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM