
BEIRUT, 26 April – Enam orang maut dalam serangan Israel di selatan Lubnan pada Sabtu dan sekali gus mencabul perjanjian gencatan senjata rapuh yang dipersetujui sebelum ini, lapor agensi berita negara itu.
- Tentera Israel menyerang pelancar roket Hizbullah di tiga lokasi dan mensasarkan beberapa pejuang dalam serangan berasingan.
- Serangan turut menyasarkan kemudahan yang digunakan oleh pasukan elit Radwan milik Hizbullah di selatan Lubnan.
- Israel mengulangi amaran supaya orang awam menjauhi kawasan Sungai Litani; ahli parlimen Hizbullah kata gencatan senjata tidak bermakna.
Tentera Zionis telah melakukan serangan pada pelancar roket milik Hizbullah di tiga lokasi di selatan Lubnan semalaman dan menyasarkan beberapa pejuangnya dalam serangan berasingan.
Mereka turut menyerang kemudahan yang digunakan oleh pasukan elit Radwan milik pejuang Hizbullah di selatan negara berkenaan.
Tentera Zionis juga mengulangi amaran mereka kepada penduduk Lubnan supaya tidak menghampiri kawasan Sungai Litani di selatan negara itu ketika mereka bertempur dengan pejuang kumpulan itu.
Seorang ahli parlimen Hizbullah, Hassan Fadlallah memaklumkan pada Jumaat bahawa gencatan senjata yang dipersetujui antara Lubnan dan Israel adalah tidak bermakna, sehari selepas ia dilanjutkan selama tiga minggu.
Gencatan senjata itu sepatutnya tamat pada Ahad. – REUTERS