Lebih 12 juta kanak-kanak Afghanistan terima vaksin polio tahun lepas: PBB

Foto fail/REUTERS

KABUL, 25 April -Lebih 12 juta kanak-kanak di Afghanistan menerima vaksin polio sepanjang tempoh setahun lalu, dengan kadar liputan mencapai 98 peratus, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OCHA), lapor media tempatan Tolonews pada Sabtu, menurut Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sebanyak 16.6 juta dos vaksin campak dan 1.6 juta dos vaksin Penta-3 diberikan dalam tempoh sama.
  • Afghanistan kekal sebagai salah satu negara di mana polio masih endemik.
  • Kempen vaksinasi di seluruh negara diteruskan dengan sokongan pertubuhan antarabangsa.
  • Usaha berdepan cabaran seperti akses penjagaan kesihatan terhad dan kesukaran ekonomi.

Selain usaha vaksinasi polio, sebanyak 16.6 juta dos vaksin campak dan 1.6 juta dos vaksin Penta-3 turut diberikan dalam tempoh sama, menurut laporan itu.

Afghanistan kekal sebagai antara beberapa negara yang polio masih endemik, dan kempen vaksinasi di seluruh negara terus dijalankan dengan sokongan pertubuhan antarabangsa meskipun berdepan cabaran berterusan seperti akses penjagaan kesihatan yang terhad serta kesukaran ekonomi. – BERNAMA