Liga Super: Terengganu FC lepaskan peluang di gelanggang sendiri

Pemain Terengganu FC, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob (tengah) diasak pemain Negeri Sembilan FC, Mio Tsuneyasu (kanan) pada perlawanan Liga Super/Foto BERNAMA 

KUALA NERUS, 26 April – Terengganu FC sekadar seri 2-2 di gelanggang sendiri ketika melayan kunjungan Negeri Sembilan FC pada aksi Liga Super.

RINGKASAN BERITA AI
  • Terengganu membuka jaringan awal melalui Yann Kevin Mabella (minit ke-17) dan Raianderson (minit ke-33).
  • Gol Diego Luiz Landis dibatalkan kerana ofsaid.
  • VAR menganugerahkan penalti pada minit ke-76, Joseph Esso menyempurnakan sepakan dan jaringan itu mencetuskan kekecohan pemain.

Disaksikan hampir 3,000 penyokong di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, skuad Penyu membuka tirai jaringan seawal minit ke-17 menerusi penyerang import dari Congo, Yann Kevin Mabella yang menggantikan posisi Jordan Mintah musim ini.

Tuan rumah menggandakan kedudukan pada minit ke-33 hasil jaringan pemain pertahanan import dari Brazil Raianderson Da Costa Morais.

Bagaimanapun, gol ketiga Terengganu FC menerusi Diego Luiz Landis, pertahanan Brazil yang menggantikan Sardor Kulmatov dibatalkan kerana ofsaid.

Negeri Sembilan FC bangkit pada minit ke-76 hasil semakan video bantuan pengadil (VAR)menghadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Joseph Esso, penyerang dari Ghana yang
sebelum ini dilayangkan kad kuning.

Jaringan penyamaan yang terhasil kira-kira 10 minit sebelum wisel penamat turut mencetuskan kekecohan antara pemain kedua-dua pasukan.

Keputusan seri 2-2 kekal hingga tamat permainan.