
BUKIT MERTAJAM, 25 April– Pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diumumkan hari ini dilihat sebagai langkah strategik bagi memperkukuh keupayaan dan integriti suruhanjaya tersebut.
- Perdana Menteri tekankan kriteria pemilihan utamakan kebebasan penuh untuk memastikan SPRM berfungsi sebagai benteng pencegahan rasuah berwibawa.
- Keputusan lantik calon berlatarbelakang kehakiman bagi menjamin profesionalisme tanpa kompromi.
- Penghargaan kepada Tan Sri Azam Baki; pelantikan berkuat kuasa dua tahun selepas perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kriteria pemilihan kali ini amat mementingkan kebebasan penuh bagi memastikan SPRM terus berfungsi sebagai benteng utama pencegahan rasuah yang berwibawa.
Jelasnya, keputusan melantik calon daripada latar belakang kehakiman adalah untuk menjamin profesionalisme tanpa sebarang kompromi.
“Pertama, kita rakamkan penghargaan kepada Ketua Pesuruhjaya (KP) sebelum ini, Tan Sri Azam Baki, atas jasa dan khidmat bakti yang cemerlang sepanjang menjalankan tugas. Kini, giliran pengarah baharu untuk menerajui kepimpinan.”
“Meskipun terlalu awal untuk memberi penilaian, latar belakang beliau daripada badan kehakiman serta ketiadaan penglibatan dalam perniagaan besar mahupun parti politik menjadikan beliau calon yang sesuai untuk menerajui SPRM, sekali gus terus memperkukuh keupayaan agensi tersebut,” kata Datuk Seri Anwar kepada pemberita, hari ini.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional Nadi Kubang Semang, di sini.
Pelantikan tersebut, yang berkuat kuasa bagi tempoh dua tahun, telah dimuktamadkan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada Sabtu (24 April).