
GENEVA, 15 Jun – Kira-kira 20,000 penunjuk perasaan menyertai protes, sehari sebelum Sidang Kemuncak G7 di Evian, Perancis.
- Penunjuk perasaan berpakaian hitam melempar botol, batu dan mercun; polis bertindak menggunakan gas pemedih mata serta meriam air untuk menyuraikan mereka.
- Beberapa bangunan menjadi sasaran; penunjuk perasaan gagal menghampiri ibu pejabat PBB, dengan bunyi letupan, siren dan helikopter.
- Protes bermula aman berbanner "No to the G7" dan "Abort the G7"; Perancis tidak keluarkan permit, bandar berada dalam keadaan berjaga-jaga.
Kumpulan penunjuk perasaan yang kebanyakkannya berpakaian hitam dan memakai topeng bertindak membaling botol, batu dan mercun ke arah polis yang kemudian bertindak melepaskan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan kumpulan berkenaan.
Beberapa bangunan turut menjadi sasaran kumpulan berkenaan.
Bagaimanapun, kumpulan tunjuk perasaan tidak berjaya menghampiri ibu pejabat PBB yang dikawal ketat.
Wartawan AFP yang berada dalam bangunan berkenaan melaporkan terdengar bunyi letupan, siren polis serta bunyi helikopter yang berlegar di ruang udara.
Protes pada awalnya yang berlangsung aman dengan penunjuk perasaan membawa sepanduk dengan slogan “No to the G7 and all imperialist alliances!” dan “Abort the G7”.
Tunjuk perasaan itu berlaku selepas Perancis enggan mengeluarkan permit bagi sebarang protes berhampiran lokasi sidang kemuncak G7.
Pusat bandar ini berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak beberapa hari lepas berikutan kebimbangan terhadap kemungkinan berlaku kekacauan sama seperti 2023. – AFP