F1 : Hamilton tamatkan penantian, raih kemenangan sulung

Hamilton manfaatkan strategi hentian pit

MONTMELO, 15 Jun – Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton, 41 tahun menamatkan penantian untuk meraih kemenangan sulung bersama Ferrari, selepas menguasai saingan Grand Prix Barcelona-Catalunya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemenangan itu merupakan kemenangan Ferrari pertama sejak 2024 dan kemenangan ke-106 dalam karier Hamilton.
  • George Russell menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Lando Norris lengkapkan podium di tempat ketiga.
  • Kimi Antonelli terpaksa menarik diri lima pusingan sebelum tamat akibat masalah elektrik; kelebihannya ke atas Hamilton berkurang kepada 41 mata.

Kemenangan itu juga merupakan yang pertama buat Ferrari sejak musim 2024 serta kemenangan ke-106 dalam karier Hamilton.

Bermula dari petak kedua, Hamilton memanfaatkan strategi hentian pit yang tepat untuk mendahului perlumbaan sebelum melakar kemenangan dengan kelebihan melebihi 19 saat.

Pemandu Mercedes, George Russell menamatkan saingan di tempat kedua, sementara juara bertahan McLaren, Lando Norris melengkapkan podium di tempat ketiga.

Pendahulu kejuaraan dunia, Kimi Antonelli pula terpaksa menarik diri lima pusingan sebelum tamat perlumbaan akibat masalah elektrik ketika berada pada kedudukan kedua.

Keputusan itu menyaksikan kelebihan mata Antonelli ke atas Hamilton berkurangan kepada 41 mata dalam perebutan kejuaraan musim ini.

Juara dunia empat kali, Max Verstappen sekadar berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat keempat, manakala rakan sepasukan Hamilton, Charles Leclerc gagal menamatkan saingan akibat masalah teknikal.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.