Piala Dunia : Jerman benam Curacao 7-1

Havertz melengkapkan kemenangan bergaya Jerman dengan gol kedua peribadi pada minit ke-88

HOUSTON, 15 Jun – Jerman berpesta gol membelasah Curacao 7-1 dalam aksi pembukaan kumpulan E Piala Dunia 2026, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Felix Nmecha menjaringkan gol pada minit ke-6 hasil rembatan selepas hantaran Florian Wirtz.
  • Livano Comenencia menyamakan kedudukan pada minit ke-21 dengan percubaan jarak jauh, gol pertama Curacao di Piala Dunia.
  • Nico Schlotterbeck tanduk gol hasil sepakan penjuru; Kai Havertz selesaikan penalti; Musiala, Nathaniel Brown dan Deniz Undav tambah jaringan babak kedua.

Saingan di Stadium Houston menyaksikan, Jerman membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi rembatan Felix Nmecha yang menyudahkan hantaran Florian Wirtz.

Namun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Curacao menyamakan kedudukan hasil percubaan jarak jauh Livano Comenencia pada minit ke-21.

Lebih manis, gol itu turut menandakan jaringan pertama Curacao dalam penyertaan sulung mereka di Piala Dunia.

Masuk minit ke-38, pemain pertahanan, Nico Schlotterbeck mengembalikan kelebihan Jerman menerusi tandukan kemas hasil sepakan penjuru.

Momentum diteruskan Kai Havertz yang tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk memastikan pasukannya mendahului 3-1 pada penghujung babak pertama.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Julian Nagelsmann terus menguasai permainan menerusi jaringan Jamal Musiala, Nathaniel Brown dan Deniz Undav.

Havertz kemudian melengkapkan kemenangan bergaya Jerman dengan gol kedua peribadi pada minit ke-88, sekali gus memastikan kemenangan 7-1.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.