
JOHOR BAHRU, 25 April – Inisiatif Perumahan Kasih Johor (PKJ), ditambah baik menerusi peningkatan Bantuan Sewa Rumah kepada RM2,500, bagi menggalakkan lebih ramai rakyat negeri itu memiliki rumah.
- Fasa kedua PKJ menyediakan tiga kategori bantuan dengan jumlah keseluruhan RM10.5 juta.
- Setakat ini 2,506 individu telah menerima manfaat menerusi fasa kedua.
- Kerajaan negeri bersetuju lima penambahbaikan bantuan sewa termasuk kenaikan kadar secara one-off dan peningkatan had kadar sewa.
Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, inisiatif tersebut merupakan salah satu daripada tiga kategori bantuan yang disediakan kerajaan negeri, melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM10.5 juta, menerusi fasa kedua.
Setakat ini 2,506 individu telah menerima manfaat, menerusi fasa tersebut.

”Untuk bantuan sewa rumah ada lima penambahbaikan yang kerajaan negeri setuju untuk melaksanakannya. Pertama, untuk mereka yang layak, kerajaan negeri bersetuju untuk menaikkan bantuan kadar sewa rumah secara ‘one-off’.
”Daripada RM2,000 kepada RM2,500, keduanya bagi menggalakkan rakyat negeri ini mendapat manfaat daripada inisiatif ini.
”Susulan itu, kerajaan negeri bersetuju untuk menaikkan had kadar sewa rumah daripada RM1,500 ke RM2,500, peningkatan sebanyak RM1000,” katanya.
Beliau ditemui semasa Majlis Penyampaian Inisiatif Perumahan Kasih Johor Fasa 2 di Austin International Convention Centre- AICC, Johor Bahru.