Ribut petir, hujan lebat di 10 negeri hingga 9.00 malam ini

Foto facebook MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 25 April -Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan 10 negeri hingga 9.00 malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dijangka dilanda keadaan cuaca buruk.
  • Beberapa daerah di Perak termasuk Kerian, Kinta, Kampar dan Hulu Perak terlibat.
  • Pantai Timur terlibat, termasuk Hulu Terengganu, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang serta beberapa daerah Pahang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka melanda seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Di Pantai Timur, cuaca sama dijangka melibatkan Hulu Terengganu di Terengganu, Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Pahang (Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran), ” menurut kenyataan itu.

Amaran cuaca sama turut melibatkan beberapa kawasan di Selangor, iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Sepang.

Selain itu, Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan serta Alor Gajah dan Melaka Tengah di Melaka dijangka mengalami keadaan cuaca sama.